26 Ogos 2013

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) PERINGKAT PKG TAMPIN 2013




Kem  Membaca 1 MALAYSIA (KM1M ) peringkat PKG Tampin dilaksanakan pada 4,5 dan 6 Julai 2013 , bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan murid khususnya  dan masyarakat amnya untuk menanam sifat gemar dan minat membaca. Sehubungan dengan itu,program ini juga menyahut seruan kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam  melahirkan generasi berilmu  ,berbakat ,kreatif  ,berinovasi dan  mengamalkan minat  membaca  sepanjang hayat . Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan murid dan guru.Program Kem Membaca 1 Malaysia ini diharapkan :

  • Memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah ahli  menunjukkan minat dan bakat
  •     Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan warga sekolah
  •  Meningkatkan tahap pembacaan di kalangan murid
  • Menggalakkan pelajar terlibat di dalam pelbagai aktiviti di peringkat Daerah,Negeri dan seterusnya di   peringkat kebangsaan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan