30 Jun 2009

Taklimat ICT Online dan SSQS

PKG Tampin telah menjalankan taklimat ICT online dan SSQS untuk kutipan data kali kedua hari ini. Taklimat telah diadakan di Makmal Komputer SK Tunku Besar Tampin pada pukul 2 petang. Guru yang terlibat adalah guru penyelaras ICT dan juga guru penyelaras PPSMI. Pengisian data ICT online telah hampir lengkap diisi. PKG Tampin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menghadiri taklimat dan membuat pengisian data.

Instrumen SSQS boleh dimuat turun di 'Muat Turun Bahan'. Adalah diharapkan semua sekolah-sekolah ahli dapat melengkapkan SSQS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Taklimat untuk pihak pentadbir (GPK1) sekolah-sekolah ahli PKG Tampin dan PKG Gemencheh akan diadakan pada 1 Julai 2009 di PKG Gemencheh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan