16 April 2009

MESYUARAT TAHUNAN JK PERMUAFAKATAN PKG TAMPIN 2009


Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Permuafakatan PKG Tampin telah dilaksanakan pada 10 April 2009 di Bilik Mawar PKG Tampin .Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pn. Naridah bt Ujang Tim.Pegawai PPD Tampin , PP BTPNS En.Azalan bin Budin, PTP BTPNS Tn.Haji Ismail bin Ibrahim , Tuan pengetua dan Guru Besar ahli PKG Tampin . Mesyarat telah di pengerusikan oleh Pengerusi PKG Pn.Rohana bt Mohd,Yusuf .Ahli mesyuarat telah diberikan input dan taklimat berkaitan dengan SSOS,STS,Pemantauan PKG ke sekolah,Program Nilam,Khidmat bantu PSS dan pengurusan ICT.Pada tahun 2009 jawatankuasa telah merancang aktiviti-aktiviti yang akan dapat meningkatkan kemahiran dan kompetensi guru -guru khuasusnya di bidang ICT dan inovasi guru dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan.Kepada semua agensi yang telah memberikan kerjasama ,pandangan,idea dan menyokong usaha PKG Tampin pihak kami mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan