12 Mac 2009

BENGKEL BLOG UNTUK GURU GPM DAN ICT



PKG Tampin telah mengadakan bengkel membina blog PSS untuk GPM dan guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli. Bengkel ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 11 Mac dan 12 Mac 2009. Seramai 26 orang guru telah menyertai bengkel ini yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin. Bengkel ini telah dapat dijalankan dengan jayanya dan semua guru-guru yang hadir amat berpuas hati dengan bengkel tersebut. PKG Tampin mengucapkan terima kasih kepada En Shafie Diron, PTP PKG Johol yang telah menjadi fasilitator sepanjang 2 hari bengkel dijalankan. PKG Tampin juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang hadir dan berharap semoga blog yang telah dibina akan sentiasa di 'update' dari masa ke semasa dan menjadi ruang kepada semua guru-guru sekolah ahli untuk mendapatkan maklumat dan juga berkongsi meklumat mengenai PSS sekolah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan