30 Januari 2009

Taklimat Bersama Tuan PPD Tampin


Perjumpaan sepetang di PKG Tampin bersama Tuan PPD Daerah Tampin En.Md. Aris bin Aziz dengan Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Tampin iaitu PTP PKG Gemencheh, PTP PKG Tampin dan PTP PKG Gemas telah memberi kata sepakat untuk melaksanakan perancangan berkaitan dengan aktiviti dan program berkesan terhadap kecemerlangan pendidikan khususnya di Daerah Tampin .Kerjasama yang diharapkan akan berfokus kepada peningkatan kemahiran ICT, pengurusan PSS, Program Nilam ,pembestarian sekolah ,masalah berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain agar dapat membantu guru-guru serta mengatasi masalah di bilik darjah.

Turut hadir pada taklimat tersebut iaitu wakil Pengerusi PKG, Wakil Majlis Pengetua dan wakil Majlis Guru Besar daerah Tampin.Adalah menjadi harapan agar permuafakatan ini dapat mewujudkan jaringan yang benar-benar mantap dan bermanfaat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan