12 Ogos 2008

'Project Based Learning' Di PKG Tampin


Projeck-Based Learning merupakan salah satu pendekatan dan kaedah pembelajaran yang diperkenalkan dan diperkasakan semula agar pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam melalui kaedah penerokaan, penilaian, temu-bual, beza-banding, kritis dan kreatif dengan pelbagai sumber, kemahiran,lokasi dan pengetahuan. Adalah diharapkan ia dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berpengetahuan mendalam dari pelbagai kemahiran, berani, yakin, cemerlang dan berdaya usaha. Sebanyak 2 buah sekolah ahli PKG Tampin telah terpilih atau sekolah rintis untuk melaksanakan PBL ini. Guru-guru terlibat telah diberikan taklimat oleh Jurulatih PBL iaitu En. Mohd Ghazali dan Cik Radziah bt Abd.Rahman tatacara pelaksanaan PBL di sekolah masing-masing. Sekolah yang terlibat adalah SMK Tunku Syed Idrus dan SK.Tampin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan