24 Januari 2008

Ekspedisi ke Gua Niah, Sarawak



Antara aktiviti yang boleh menghilangkan stres serta menyeronokkan adalah ketika berjalan kaki lebih 9 kilometer ke Gua Niah di Miri, Sarawak antara destinasi yang popular satu ketika dahulu. Khazanah hutan ini dengan muka bumi yang unik merupakan keindahan alam semulajadi yang tak ternilai yang harus dihargai oleh generasi ke generasi.
Selain itu masih terdapat kumpulan komuniti penduduk rumah panjang yang mencari sarang burung dan tahi kelawar sebagai punca rezeki. Walaubagaimana pun pendidikan persekolahan anak-anak mereka masih diutamakan dengan menghantar mereka di sekolah yang berdekatan walaupun kemudahan mereka terhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan