02 Januari 2008

Bengkel Editing Grafik Adobe Photoshop

Bengkel Editing Grafik berasaskan perisian Adobe Photoshop telah diadakan di PKG Tampin dan berjaya menarik minat 20 orang peserta yang terdiri dari kalangan guru-guru sekolah yang berminat. Bengkel selama 2 hari ini telah dibimbing oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG P. Dickson, PTP PKG Johol dan Cikgu Norman dari SK. Panglima Adnan P. Dickson. Hasil bengkel telah dapat dipersembahkan semasa perasmian penutup bengkel yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai PPD Tampin/Rembau Tn. Haji Mansor bin Abdullah. Beliau menyatakan banyak kemahiran yang boleh dimanfaatkan oleh guru dengan kesungguhan dan minat yang mendalam dan berharap PKG dapat menyediakan banyak aktiviti dan peluang kepada guru untuk memperolehi pengalaman dan kemahiran seperti tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan