03 Ogos 2007

Bengkel Blog Untuk PTP PKG Daerah Tampin/Rembau dan Johol

Bengkel pembinaan Web Blog PKG telah dijalankan dengan bimbingan En.Hasyim bin Khalil penolong PTP PKG Gemencheh dan disertai oleh PTP PKG Tampin, PTP PKG Gemencheh , PTP PKG Johol, PTP PKG Kota, PTP PKG Rembau dan PTP PKG Gemas. Pembinaan laman web ini merupakan salah satu saluran informasi PKG kepada sekolah ahli dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep 'Saya tahu ,dia tahu dan mereka tahu' berkaitan dengan perkembangan dan maklumat terkini aktiviti pendidikan terutama berkaitan dengan teknologi dan pendidikan Bestari. Adalah diharapkan usaha ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan Web ini dan kerjasama semua pihak amat kami hargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan